Monday, April 22, 2013
Amir Fahmi is my HERO
Salam, entry kali ni sy cuba mendapatkan semangat kembali . Sebenarnya, hari ni dah masuk 2 hari arwah sahabat saya, Amir Fahmi Othman atau AFO telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya pada 21 April 2013 yang lalu. Arwah merupakan seorang happy go lucky . Dia suka mengusik saya . Sebenarnya perkenalan kami hanya singkat, arwah merupakan ex kmpp di mana sama dengan tempat saya belajar dulu namun kami tidak saling mengenali sewaktu masih belajar di sana tetapi ada kawan yg lain buat group kmpp di dalam bbm, arwah add sy dan sy approve .
Saya menyambut salam perkenalan dengan hati yang terbuka . Sejujurnya arwah seorang yang sangat menyenangkan . Walaupun kami hanya sempat mengenali selama beberapa bulan namun kehilangannya sangat dirasai . Terlalu banyak trademark atau something yang dia suka yang selalu buat sy tersentap bila terdengar atau ternampak org lain buat . Malam sebelum arwah lemas, sy masih ingat arwah mengusik sy di WeChat . Dia tahu dan sedar status saya yang saya bencikan GWIYOMI . Arwah mula menghantar voice note sambil nyanyi lagu gwiyomi, sy yg agak menyampah nie kan bising lah . Tak sangka tu merupakan gurauan terakhir arwah dan gelak tawa arwah yang terakhir sebelum arwah ditemui lemas keesokan harinya . Sy tahu arwah nak pergi ke Pesta Kenyalang malam tu dan keesokkannya dia nak pergi berkelah tetapi sy tidak bertanyakan dengan lebih lanjut kat mana dan agak terkilan kerana tidak sempat bagi nasihat ataupun just pesan "jaga diri" . Arwah memang sy gelarkan sebagai seorang hero kerana arwah lemas sebab terjun untuk mencuba menyelamatkan sahabatnya yang juga lemas, Akmal namun Allah lebih menyayangi mereka berdua . Orang kata mati lemas ni MATI SYAHID . Niat arwah nak selamatkan kawan, arwah Amir memang dalam keadaan mati syahid kan :') Apa yang mampu sy lakukan pada ketika ini ialah hanya sedekahkan yasin dan alfatihah . Saya sayang awak sahabatku amir..
Artikel berita - http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130422/je_03/Dua-pelajar-UMP-mati-lemas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment